Assalamualaikum buat semua duyufurrahman...
Kami di Ali Alharamaian Travel Sdn Bhd telah mempunyai pengalaman selama 5 tahun dalam industri ini. Bersama kami adalah mutawif-mutawif yang berpengalaman selama 20 tahun membawa jemaah untuk mengerjakan haji dan umrah. Kami ingin menawarkan Pakej Umrah Bulan Disember 2022 dengan harga yang mampu milik. Kami menawarkan 3 pakej pada bulan Disember iaitu Pakej Umrah Ekonomi, Pakej Umrah Standard dan Pakej Umrah Premium
1. Pakej Umrah Ekonomi Bulan Disember 2022/1444H
6 Hari/5 Malam Hotel Khunuz Al Khalil (Makkah) Google maps
Hotel Khunuz Al Khalil terletak di jalan Ajyad, 200 meter dari Masjidil Haram atau 10 minit berjalan kaki ke Kaabah.
5 Hari/4 Malam Hotel Artal AlMunawarah (Madinah) Google Maps
Hotel ini terletak 150 meter atau 7 minit berjalan kaki dari pintu 26 Masjidil Nabawi.
1 Hari/1 Malam Hotel Rajan (Taif)
Hotel ini terletak di tengah-tengah Kota Taif.
1.1 Harga
Harga yang dinyatakan hanya terpakai bagi pelanggan berumur 12 tahun ke atas yang telah lengkap divaksin mengikut SOP semasa kerajaan Arab Saudi.
HARGA PAKEJ UMRAH HOTEL KHUNUZ ALKHALIL
Harga bagi kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah dan bayi yang berumur bawah 2 tahun pada hari penerbangan pulang.
KANAK-KANAK (12 TAHUN KE BAWAH) | BAYI (BAWAH 2 TAHUN) (SEMUA MUSIM) |
| |
DISKAUN TANPA KATIL RM550 SEORANG |
1.2 Pakej Harga Termasuk
Pilihan Bilik (Ber-2, Ber-3, Ber-4)
Penerbangan Saudi Airlines (SV)
- Makkah (Sarapan pagi)
- Madinah (Sarapan pagi, Makan Tengahari dan Makan Malam)
Kursus Umrah oleh Mutawif yang berpengalaman dan Buku Panduan Umrah
- Bagasi bersaiz 24"
- Bagasi bersaiz 20"
- Beg Kasut
- Beg Silang
1.3 Deposit
1.3.1 Bayaran deposit boleh dipilih dengan 2 cara:
i Deposit perlu dibayar sewaktu pendaftaran dilakukan dengan jumlah RM1,500 seorang dan bayaran penuh perlu dijelaskan dalam tempoh 45 hari sebelum tarikh penerbangan, atau
ii Bayaran deposit berjumlah RM500 seorang dan bayaran penuh perlu dijelaskan dalam tempoh 60 hari sebelum tarikh penerbangan.
1.3.2 Bayaran deposit boleh dibuat di pejabat syarikat Ali Alharamain Travel Sdn Bhd sama ada secara tunai, cek, bank deraf atau pindahan wang terus ke akaun Maybank syarikat iaitu 5642 5859 2258
1.3.3 Slip pembayaran perlu diserahkan kepada syarikat dan pelanggan perlu mendapatkan resit pembayaran daripada wakil syarikat selepas bayaran dilakukan.
1.4 Insurans
1.4.1 Pelanggan yang berdaftar akan dicarum insurans Covid-19 yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi ketika memohon visa pelancong. Insurans ini berkuatkuasa selama satu bulan dari tarikh ketibaan di Arab Saudi. Antara perlindungan yang diberikan termasuk:
- SAR650,000 seorang untuk hospitaliti dan ubat-ubatan
- Kos kuarantin SAR450 sehari bagi seorang pelanggan selama 14 hari
- Lain-lain perlindungan boleh merujuk kepada polisi insurans.
1.4.2 Kos hospital dan kuarantin yang melebihi perlindungan ini perlu ditanggung sendiri oleh pelanggan.
1.5 Tempat Ziarah
- Ziarah Ja'ranah - Jabal Thur - Jabal Rahmah - Mudzalifah - Mina - Jabal Nur - Masjid Ja'ranah
- Ziarah Hudaibiyah - Muzium Haramain / Muzium Al-Amoudi - Masjid Hudaibiyah
- Ziarah Kota Taif - Cable Car (optional) - Kilang Minyak Wangi - Masjid Kuk - Ibn Abbas - Addas - Khantara - Pasar Buah - Muzium - Tobonggan - Bukit Khandamah
- Raudhah - Makam Rasulullah SAW - Perkuburan Baqi' (lelaki sahaja) - Saqifah Bani Saidah
- Masjid Quba - Telaga Iziq - Jabal Uhud - Masjid Qiblatain - Masjid Tujuh - Pasar Kurma
1.5.1 Program ziarah ini akan berubah tertakluk kepada kebenaran dan SOP semasa Kerajaan Arab Saudi.
1.6 Terma Dan Syarat Penerimaan Tawaran Perkhidmatan Umrah
1.6.1 Pelanggan perlu menghubungi Ali Alharamain Travel Sdn Bhd untuk memastikan pakej yang dipilih masih lagi ada kekosongan serta mendapatkan maklumat lengkap mengenai pakej tersebut.
1.6.2 Semasa berdaftar, pelanggan perlu menetapkan jenis bilik yang dikehendaki (Quad/Triple/Double). Sekiranya menempah bilik berempat (Quad), Syarikat akan mencari pelanggan lain untuk mengisi kekosongan bilik tersebut. Sekiranya tidak ada, pelanggan akan dicaj mengikut kekosongan jenis bilik yang sedia ada.
1.6.3 Setiap tempahan perlu disertakan dengan wang deposit sebanyak RM1,500 atau RM500 seorang. Bayaran penuh perlu dijelaskan selewat-lewatnya 60 hari atau 45 hari sebelum tarikh penerbangan mengikut pilihan bayaran deposit bagi mengelakkan pembatalan tiket.
1.6.4 Pembayaran boleh dibuat menggunakan wang tunai/perbankan atas talian/cek/bank deraf di atas nama Ali Alharamain Travel Sdn Bhd melalui akaun Maybank bernombor 5642 5859 2258. Pembayaran melalui pihak ketiga tidak akan diterima. Bukti pembayaran hendaklah diserahkan kepada pihak syarikat.
1.6.5 Semua pakej umrah tertakluk kepada syarat kelulusan visa dari Kerajaan Arab Saudi.
1.6.6 Aturcara perjalanan dan ziarah yang ditawarkan tertakluk kepada perubahan SOP semasa oleh Kerajaan Arab Saudi.
1.6.7 Setiap pelanggan diwajibkan mempunyai telefon pintar yang menyokong aplikasi Tawakalna dan Eatmarna. Kedua-dua aplikasi ini wajib dimuat turun oleh pelanggan untuk digunapakai di Arab Saudi.
1.6.8 Setelah pengesahan umrah dibuat, sebarang perubahan kepada tempahan yang dipohon oleh pelanggan akan dikenakan caj pindaan sebanyak RM300 bagi setiap pindaan tidak termasuk kos-kos lain yang terlibat disebabkan pinddan yang dibuat. Tiada perubahan dibenarkan dalam masa 20 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan.
1.6.9 Pihak Ali Alharamain Travel Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung kerugian bagi apa-apa perbelanjaan atau bayaran balik pakej umrah sekiranya pelanggan tidak dibenarkan keluar dan masuk oleh pihak imigresen kerana disenarai hitam atau melanggari undang-undang negara Malaysia atau Arab Saudi.
1.7.0 Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat sekiranya pelanggan tidak menggunakan mana-mana perkhidmatan yang termasuk dalam pakej atas alasan apapun.
1.7.1 Pelanggan yang memanjangkan tempoh tinggal di Arab Saudi untuk aktiviti perjalanan peribadi mesti mendapatkan kebenaran dari pihak Ali Alharamaian Travel Sdn Bhd terlebih dahulu.
1.7.2 Harga yang ditunjukkan adalah harga pada masa penerbitan. Harga tertakluk kepada perubahan yang disebabkan oleh kenaikan pada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos hotel, kadar pertukaran matawang asing, cukai kerajaan Arab Saudi dan kerajaan Malaysia. Pihak Ali Alharamain Travel Sdn Bhd berhak menaikkan harga pakej berdasarkan kenaikan harga kos semasa melalui notis makluman.
1.7.3 Sekiranya terdapat perubahan tarikh dan masa oleh syarikat penerbangan atau perubahan situasi semasa keadaan di Arab Saudi yang memerlukan kepada tambahan panginapan, pengangkutan dan jadual program, pengiraan alternatif kos tambahan akan dilaksanakan dan Ali Alharamain Travel Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas kos tersebut.
1.7.4 Pihak Ali Alharamain Travel Sdn Bhd berhak untuk membatalkan atau menarik balik sebarang tempahan dan jadual perjalanan atau enggan menerima seseorang menjadi pelanggan sekiranya syarikat mendapati dia boleh membahayakan keselamatan atau kesihatan atau dia menggangu keselesaan dan keseronokan pelanggan lain dalam kumpulan tersebut.
1.7.5 Pihak Ali Alharamaian Travel Sdn Bhd berhak untuk menolak, mengubah, meminda, memadam atau menambah terma dan syarat yang dinyatakan atau menarik balik sebarang promosi pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
Posted in: 1444H,2022,Ali Alharamain,bulan,Disember,Haramain,hotel khunuz,Jejak,Kaabah,Madinah,Makkah,Pakej umrah ekonomi,Travel,Umrah,Umrah musim sejuk
0 Comments:
Catat Ulasan